Friday, 3 July 2009

Gift dah sampai :-)

Penantian dah berakhir..ecehhhh..Mama dah dapat birthday gift from abah..ehehe. Ni tengah happy n happy :-D

dalam kotak

taraaaa!!

ehehee..my mini laptop

Mesti ramai tanya kenapa mini. Sebabnya ni je yg murah! Lagipun dapat sekali dgn mobile broadband. Kan mama citer wireless university kat umah ni dah tak ok cam dulu. So, kenala cari alternatif lain.

Abah pun kata senang amik pakej pastu dapat laptop sekali. Comey sgt laptop ni. Rasa kekok jgk nak taip. But, im getting used with it..ehehe..Nak say thanks to abah sebab belikan laptop comey ni. Love u sooo much!!!

Thursday, 2 July 2009

Award lagi


Harini mama sangat2 down. Telah terjadi satu peristiwa yang buat mama asyik teringat je sepanjang hari. Kadang2 sebak dada bila teringat peristiwa tadi. Ermm, entahla. Jadi baik salah tak jadi baik pun salah. Dunia222...

Tapi sekurang2nya ada jugakla something yang boleh menceriakan mama. Dapat award lagi harini. Tapi award ni dah lama cuma tak perasan je..ehehe..aci tak?? To Fiza, sori sesangat tak perasan lgsung award awak ni. Maklumla last year tak berapa aktif berblogging..eheee..tu dia last year. Punyala lama kan. Dari Adni dalam perut smpaila sekarang dah keluar ni baru untiey Zeti perasan..

Thanks ye Fiza..jangan serik untuk bagi award lagi kat saya ye :-)

Wednesday, 1 July 2009

Yeyey..dapat award


Wahh..makin bertambah hepii mama arini. Buat pertama kali dapat award dari blogger lain. ehehe..tak sangka blog merepek n merapu ni bleh dapat award. Bukan apa bila baca blog orang lain best jek. Macam2 citer n kreatif bila menulis (errr taip). Tapi mama ni kadang2 diri sendiri boring baca blog sendiri..ehehehe..

Nak say a big thank you to Kak Iena yang sudi bagi award yang cantik ni..Siap ada bunga dalam cup lagi..Mama sukerrr!

Hepi2222

Hati mama berbunga riang semalam dan tak henti rasa happy sampai harini..eheheh..Sebabnya?? abah dah belikan mama birthday present in advance..uhuhu..Sepatutnya that thing sampai arini. Tapi tak taula apa masalhnya still tak sampai lagi ni. Huaaaa..nak tengok!!!

Bleh aje nak tengok kat internet. even dah tau pun apa hadiahnya, tapi tengok akat internet mana aci. Nak sentuh dan nak tengok dengan mata sendiri..Uiii..gediknya ayat. Mintak2la sampai esok..pleaseeeeee!!!

p/s: Arini cam duk kat Malaysia. Suhu sampai 31C. Panas gilerr


13 months immunisation

Mama dah terlupa sebenarnya pasal immunisation ni. Actlly dapat last 2 weeks kot. Sebelum mama sakit aritu. Kali ni kena inject 2 kali kat lengan. Satu untuk measles, mumps n rubella. Satu lagi untuk pneumonia. Dah buat appointment sebulan yg lepas waktu 12 months immunisation. So, mama mmg sentiasa ingatla pasal appointment kali ni..

Tapi inject yang ni Aisha nangis. Kena 2 kali kan. Agaknya dia rasa sakit sangat. Tapi takla lama menangis. Kejap aje. Lepas kena peluk n pujuk2 dek mama ni, Alhamdulillah dia ok. Lagipun dah bagi paracetamol sebelum pegi. Waktu habis inject tu, nurse bagi coklat buat upah..ehehe. Tapi si Aisha jual mahal. Dibalingnya balik coklat tu. Terpaksala mama pi kutip. Balik tu panas jugakla badan dia. Tapi nasib baik tak demam :-)

Sebenarnya ada video waktu kena inject tapi dalam hp abah. Mama malas nk transfer. Lagipun laptop ni tak detect. Kena restart dulu barula dia detect.. Hai..macam2la laptop ni. Nantila bila mama rajin mama upload k..

Tuesday, 30 June 2009

Aisha selepas setahun

Dah lama rasanya mama tak update pasal perkembangan Aisha. Lepas Aisha pandai jalan terus dah tak update. Iyerla, biasa itu adalah kemuncaknya kan. Mula2 nak tengok anak kita meniarap, pastu merangkak, berdiri dan berjalan.

Aisha pandai berjalan waktu dia umur 11 bulan. Ramai yang kata kira cepat jugak. Mama pun perasan cepat, sebabnya member Aisha yang sebaya atau tua sebulan dengan dia ada yang belum pndai jalan lagi waktu tu. Tapi orang kata, kalau cepat jalan lambat pulak nak bercakap. Mungkin betul jugak. Sebab Aisha smpai sekarang tak pandai cakap kecuali beberapa patah perkataan.

Amboi..banyak pulak mama merepek ni..Kita tengok jela ye apa perkembangan Aisha dalam setahun ni ye

  1. Dah pandai sebut bah..tapi mama blum lagi. Bila mama ajar, tetap bah jugak yang keluar
  2. Suka memanjat. Sekarang tengah aktif memanjat meja laptop dan tangga
  3. Suka dengan gadget. Handphone, remote control. ape2 je yang canggih dia suka main
  4. Dah pandai letak handphone kat telinga bila mama cakap hello. Pastu bila dah letak tu, mulala keluar bahasa dia yg mama tak faham. Konon2 tgh bercakap kat handphone
  5. Suka laptop. Every time mama nak main laptop dia pun sibuk jgk nak tekan keypad.
  6. Suka tengok tv. Favourite programme, In the Night Garden
  7. Suka bawak main2 kat luar. Bila nampak mama pakai tudung, Aisha merengek2 suruh dukung bawak keluar.
  8. Suka baca buku. Tapi selak2, tengok gamba jela..ehehe
Ermm..rasanya itu aje kot perkembangan Aisha sekarang ni. Mama noticed bila setahun ni macam lambat sket perkembangan dia. Banyak yg mama ajar tapi blum pandai lagi. Takpe take your time ye Aisha. Mama tak risau sangat yang penting Aisha sentiasa sihat n bagi response tiap kali mama cakap kat Aisha..

Monday, 29 June 2009

Strawberry picking

Tempat kejadian

Aktiviti semalam. Walaupun diri tak berapa sembuh tapi gagahkan jugak pegi petik strawberry. Ni first time pegi, last year disebabkan masih dalam pantang jadi mama kena kuarantin la.

Harusla bergamba dulu

Waktu pegi ni dalam 3 buah family jugak yg join. Lepas pegi carboot kami gerak ke The Balloon Tree Farm Shop di York untuk fruit picking. Kat farm ni macam2 fruit ada. Tapi fruit mat saleh je la. Jangan pulak nk carik durian kat sini..ehhee. Ada strawberry, raspberry, gooseberry. Tak ketinggalan jugak sayur-sayuran. Anda boleh datang sini dan petik mana yang suka.


Apa yang menarik, kita boleh petik dan makan kat situ sampai kenyang. Nak masuk free. Dan kalau nak bawak balik barula mereka charge dimana mereka akan timbang bakul kita nnti. Dari cakap2 orang sebelum mama pegi ni diaorang kata strawberry ni sangat la manis bila kita petik n terus makan. Sebabnya strawberry yang kita beli kat pasar atau supermarket tu dah tak fresh. Dah masam...
Ini adalah raspberry..sangat masam..mama tak suka

Strawberry yang dah masak siap sedia untuk dipetik

Dan....memang betul apa orang kata. Sangat2222 juicy dan manis. Itula first time mama rasa strawberry yang manis. Sebelumni kalau makan kena cicah dengan susu pekat dulu..ehhee.

Sangat merah..ni dah masak dan boleh dipetik

Aisha sangat hepi sebab mama lepaskan dia. Tapi yang pening dia petik sesuka hati. Iyerla, baby lagi manala reti nak pilih mana satu yang dh masak. Mama pulak buat silap aritu. Sepatutnya pakaikan dia baju gelap instead of baju cam atas ni. Bila kena strawberry habis kotor.

Hasil petikan mama yang tak seberapa. Abah komplen sebab mama petik salah. Aisyyy!! PAtutnya petik dengan tangkai tapi ada yg mama petik togel gitu je. Maklumla org kampung pegi petik strawberry. Mana la mama tau...Sebakul tu harganya 9 pound pas timbang. Semalam balik rumah ngabiskan stok strawberry ler

Saturday, 27 June 2009

tak sihat

adoila. Mama not feeling well la skrg. Sakit tekak, selesema dgn demam lg. Betul2 tak larat ni. Wireless kat umah ni lak buat hal. Agaknya dia pun pening cam mama.

Comment blum smpt jawab lagi. Nntila bila wireless dh ok. Ni pun pnjam kejap hp abah. Update through mobile. Okla, tp keypad pnyala kecik. susah benor nk taip. Mama pn tak biasa nk guna. Dah makan ubat ni. Jap lagi nk zzzzzzzzzz...

Good night. Happy weekend!